CIK LADYBIRD .

klik klik

klik klik !

Followers

Rabu, 15 Jun 2011

21 PESANAN ISTERI KEPADA SUAMI

21 PESANAN ISTERI KEPADA SUAMI

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1.Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil Itu otak suami perlulah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.


4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.


7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge.


8.Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)


9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?


11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.


13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.


14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?


15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?


18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.


19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.


20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

8 RAHSIA SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

8 RAHSIA SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI


Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…


Inilah sifat seorang wanita yang sempurna kerana rupa bukan segala-galanya…
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul.

Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.

Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.

1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.

Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.

Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.

2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya.

Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.

Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.

Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah.

Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.

Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.

4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.

Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

PANDUAN SEBELUM MEMBELI KASUT

PANDUAN SEBELUM MEMBELI KASUT



Kasut bukan sekadar sebagai alas kaki yang melindungi kaki sahaja. Model, warna dan sebagainya pada jenis kasut wanita telah banyak rekaan untuk menjadi pilihan pemakainya. Dengan banyak rekaan jenis kasut kadangkala membuat pembeli menjadi bingung.

Kebanyakan wanita membeli kasut karana menyukai rekaannyaa sahaja, akibatnya kaki mungkin akan cedera kesan daripada memilih rekaan kasut yang diinginkan. Akibatnya adalah kasut tersebut tidak dipakai lagi kerana tidak selesa dan ini merugikan anda. Sekiranya anda ingin membeli kasut sebaiknya fikirkan beberapa aspek berikut :


Rekaan Kasut
Terdapat banyak rekaan dan jenis kasut yang ada di pasaran. Rekaan dari depan sampai bentuk ketinggian kasut. Oleh itu pilihlah rekaan kasut yang sesuai dengan keperluan. Anda boleh menyesuaikan kegunaan kasut yang hendak dibeli sama ada untuk ke pejabatr, acara santai, menghadiri majlis atau keperluan yang lain. Setiap rekaan kasut dapat menimbulkan kesan tersendiri dan mungkin tidak sentiasa sesuai dengan pakaian yang akan dikenakan. Jika untuk jalan-jalan santai mungkin anda dapat memilih jenis wedge. Manakala untuk ke majlis, kasut jenis stiletto yang seksi. Maklumat lanjut mengenai jenis kasut, dapat anda baca pada artikel berikut:


Jenis- jenis Kasut
Perhatikan kesesuaian kasut. Pilihlah kasut dengan pilihan yang sesuai dan selesa, yang tidak akan membuat anda terjatuh. Sebaiknya tidak memilih kasut yang terlalu tinggi incinya. Ketika anda mencubanya anda perlu berdiri atau berjalan dalam jangka waktu lama karana pemakaian kasut dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kaki luka atau cedera atau penyakit yang lain.

Jangan terlalu memilih rekaan kasut mengikut trend terkini tetapi tidak sesuai dengan acara atau kesesuaian kasut tersebut. Yang penting adalah keselesaan ketika dipakai. Walaupun modelnya cantik tetapi jika tidak sesuai adalah lebih baik anda memilih model lainnya yang sesuai dan terasa selesai ketika dipakai.

Bentuk Kaki
Bentuk kaki antara seseorang dengan orang yang lain adalah berbeza. Ada bentuk kaki bulat, kotak, atau runcing. Memilih rekaan kasut yang sesuai dengan bentuk kaki sangat penting agar dapat merasa selesa ketika memakainya. Jika anda memiliki bentuk kaki kotak, sebaiknya tidak menggunakan kasut yang hujung meruncing karana akan menyebabkan sakit pada jari-jari kaki anda.


Warna Kasut
Menggunakan kasut dengan warna yang sesuai dengan pakaian pasti akan kelihatan menarik dan sesuai dengan penampilan anda. Sebaliknya, warna yang kontra atau bertentangan dengan warna pakaian akan mencacatkan penampilan. Pilihlah warna yang sesuai untuk kasut anda dengan warna pakaian yang akan digunakan pada acara tertentu.

Warna-warna yang sesuai adalah seperti hitam, putih, kelabu, coklat atau krem dapat menjadi pilihan dan menjadi warna yang perlu dimiliki karana warna ini sesuai untuk semua warna pakaian yang Anda miliki.

Waktu Membeli
Membeli sepatu sebaiknya dilakukan pada petang hari. Pada waktu petang, kaki telah melakukan banyak perkerjaan sehingga berada dalam ukuran paling besar sehingga tidak terasa sempit. Apabila membeli kasut pada waktu pagi atau tengahari ia bererti kaki anda tidak berada didalam ukuran maksimum. Jadi, Walaupun ketika membeli anda merasa sesuai dengan ukuran kasut, tetapi setelah dibeli dan digunakan pada sebelah petang, kaki boleh menjadi melecet karana sempit.




Mencuba Kasut
Cara terbaik sebelum membuat keputusan membeli kasut adalah dengan mencubanya. Dengan mencubanya, anda dapat menentukan ukuran kasut telah sesuai dan memberi keselesaan. Ukuran kasut adalah berbeza dan berubah seiring bertambahnya usia, maka jangan mengatakan untuk membeli satu ukuran sepatu yang biasa anda pakai tanpa mencubanya karana tersalah pilih, kasut boleh jadi sempit atau longgar.

Menentukan ukuran juga perlu diambil kira sama ada anda mahu memakai sarung kaki atau stokin. Jika anda selalu memakai sarung kaki atau stokin, pilihlah kasut dengan ukuran yang lebih besar dibandingkan dengan memilih yang ukurannya muat-muat sahaja.

Ketika mencubanya, pakailah kasut kedua-duanya atau sepasang, dan jangan mencuba sebelah kasut sahaja. Kerana kemungkinan disebelah sesuai manakala disebelah lagi tidak sesuai. Faedahnya cermin yang disediakan adalah untuk melihat tubuh secara keseluruhan. Dengan melihatnya, anda dapat menentukan sama ada kasut tersebut sesuai dengan bentuk tubuh atau tidak.

Jangan hanya duduk atau berdiri tanpa bergerak ketika mencuba kasut. Gunakan kasut untuk berjalan di dalam kedai. Lakukan gerakan duduk berdiri beberapa kali. Rasakan, apakah sepatu terasa selesa ketika digunakan berjalan atau tidak.

Pilih Kasut Yang Sesuai
Yang paling penting adalah memilih sepatu yang sesuai ketika digunakan. Anda rasa selesa ketika memakainya. Anda dapat melangkah dengan lebih berkeyakinan tanpa perlu menyiksa kaki atau menangung sakit.
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

~RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI~

RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Mari kita lihat Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong. Sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.

So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

Pulau (Contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Bali ker…)
Bandar-Bandar Besar (Contoh, Tokyo, London ker…)
Taman Tema (Contoh, Genting Park, Disneyland, Wetwell Shah Alam? …)
Bandar / Kota Bersejarah (Contoh, Melaka, Istanbul ker…)
Gunung-ganang (Contoh, Gunung Tahan, Kinabalu, Everest ker…)


PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya..

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali..
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

~ KENALI WATAK DISEBALIK NAMA ~

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

~RAHSIA NAMA DALAM KALENDAR ISLAM~

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

~RAHSIA PANGKAL NAMA ~

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

~ RAHSIA HIDUNG ~

RAHSIA HIDUNG

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
♥ Terima Kasih Daun Sirih. Jemput datang blogwalking lagi yee :)♥

WALL SAYA :)

e'eh , ape ni ? menarik !!