Hari ni tetiba nak update blog sebab my Girlfriend Aien Ayop , minta resepi nak buat aiskrim untuk Inche Apek dia . Muehe . Alrite , lets do it !
Dear girlfriends and boyfriends .
Ini resepi untuk Aiskrim berperisa Coklat .
Bahan-bahan :
1 Kotak besar air susu Dutch Lady Berperisa Coklat .
1 Packet Besar Coffee Mate .
Sedikit gula [ Jika perlu ]
Sedikit Milo atau Vico [ Penambah Rasa Marvellous ]
Sedikit aksesori untuk hiasan . [ Coklat chips or almonds or else ]
Cara cara :
Sukat 2 cawan air susu dengan 2 cawan coffee mate . [Sama Banyak lah sukatan dia . Kalau nak guna 5 cawan susu , letak 5 cawan coffee mate . Dia sama banyak . Faham ? Heee :) ]
Then , masukkan semua sukatan tu dalam Blender . And blender sampai halus mulus selembut sutera . Muehehe . Kalau rasa dah manis , takyah letak gula . Kalau rasa coklat dia dah okay , takyah tambah milo . Tapi aku selalu letak gula sikit , milo sikit . Bagi rasa lagi Gorgeous okay . Pandai pandai bajet la sedap ke tak . Masa buat tu rasa lah .
After that , tuang dalam bekas yang sesuai . Lepas tu bekukan dia selama 2 jam .
Lepas 2 jam , keluarkan balik dan blender semula supaya tekstur aiskrim tu lebih halus mulus .
[ Dalam keadaan separa beku ]
Kalau tak blender balik , aiskrim tu akan keras dan takde rupa aiskrim . Hoho .
[ Ulang lah step blender banyak kali tu seberapa banyak yang korang suka . Depends nak halus macam mana . Tapi kalau aku buat , just 2 3 kali je . Tak larat nak blender banyak kali . :) ]
Selepas beku sepenuhnya , sila lah makan . Sodap ke tak haa , eden tak tahu .
P/S : Aksesori dia tu depends la korang nak letak bila . Kalau rasa nak wujudkan aksesori tu dalam isi aiskrim , letak sekali masa tuang dalam bekas tu . Kalau just nak tabur atas aiskrim , masa separuh beku pun boleh letak .
Good Luck ! :)
Ini Aiskrim den buat . Agak sedap dan sangat sedap . Haha ^_^
Tak sedap jangan marah . Tapi sepanjang pengalaman , aku rasa sedap je aiskrim aku buat . Dah boleh jual dah . Hahaha . Ok bye :)